Jalan-jalan Tengok Pengantin

Sudah lumrah pada hujung tahun, mmg ramai yang mengambil peluang ini untuk membina masjid. Lagi2 pada waktu cuti sekolah. Destinasi pada minggu ni, ialah ke Semerah, Batu Pahat, Johor. Pada minggu ini, 8-9 Disember 2007, kami terima 3 jemputan. Satu di Perak, satu di Banting dan satu lagi di Johor. Jadi, dgn perbincangan keluarga, kami telah bersetuju umtuk memilih ke Johor kerana jemputan ini terlebih awal kami terima.

Pasangan pengantin tersebut ialah Fiza & Zul. Fiza merupakan adik bongsu kepada kakak ipar kite yang kedua. Memandangkan itu adalah Majlis Perkahwinan yang terakhir bg keluarga mereka, jadi Majlis kali ini agak meriah berbanding dua majlis sebelum ini.

Kami ke sana dengan 1 kereta saja bersama mama, baba, aku dan suamiku yg tercayang. Kami bertolak ke Johor pada 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk kami sampai ke tempat penginapan di Muar, Johor. Kami tiba di Bandar Muar jam 12 tengah hari. Perut da berbunyi so, kami berhenti di Bangunan Mara untuk menikmati makanan tengah hari. Memandangkan masih ada banyak masa lapang, kami singgah ke Giant Tanjung Agas untuk jalan2. Lebih kurang jam 3 petang, kami terus menuju ke tempat penginapan kami di Man Chalets. Chalets ni, lokasinya agak tersembunyi dari kesibukan Bandar Muar. Walaubagaimanapun, tempat nya sangat cantik dan kaya dengan seni binaan klasik dr zaman melayu lama. Buatan binaan nya boleh dikatakan sepenuhnya drpd kayu yang berkualiti. Kos penginapan, sangat berpatutan dan pada pendapat kite, murah saja.

Kami di sini bersama-sama dengan keluarga pengantin lelaki. Jadi, penuh la Man Chalets dengan kehadiran kami semua. Pada petang sabtu tu, kami hanya berehat saja di bilik. Minum petang telah disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Selepas waktu maghrib, kami bersiap2 untuk ke rumah mertua pengantin. Majlis pernikahan akan diadakan selepas solat isyak. Pd mlm tu, ade incident sket, di mana, kereta Pak Imam telah berlanggar dengan sebuah motosikal semasa hendak membuat u-turn. Mujur takde pape kecederaan. Alhamdulillah, kedua mempelai selamat dinikahkan dan semuanya selamat.. Selepas mkn, kami bertolak balik ke chalets.

Esoknya, kami check out jam 12 dan terus ke rumah pengantin. Sepanjang perjalanan, sekejap hujan sekejap oke. Setiba di rumah pengantin, cuaca, Alhamdulillah baik2 je. Tetiba, setelah kedengaran suara sorg pakcik yang da mula karaoke, langit mula jadi mendung. Malangnya, beliau telah mengongker mic tersebut, dan setelah beberapa buah lagu didendangkan tanpa kerelaan pendengar, hujan lebat pun turun dengan lebatnya. Mengikut rancangan, pengantin bersanding jam 2. Tp disebabkan hujan lebat, terpaksa ditunda sehingga hujan agak reda. Paluan kompang berbunyi, menandakan pengantin lelaki da tiba. Sebelum dapat berganding dgn pengantin perempuan, tol harus dibayar dulu mengikut halangan yang ada, setelah itu, barula boleh duduk di pelamin. Begitula adatnya bagi org Johor. Memandangkan ini kenduri terakhir bagi keluarga pengantin, saudara mara kami dr Klang, sanggup datang memeriahkan majlis. Sebelum asar, kami sama2 konvoi untuk pulang ke Selangor.. memang meriah sangat tgk majlis ni…teringat masa zaman kite dolu..

Kepada pasangan Zul dan Fiza, semoga jodoh kalian berkekalan di dunia dan di akhirat.. Ameen.


Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat