Jom Tolong Doakan GAZA

Sejak akhir2 ni, memang banyak sangat berite tentang kekejaman Israel kepada Palestin.. Hanya orang yang hati batu je yang takde perasaan sedih... Tapi bagi seorang ibu macam aku ni, memang sangat sebak, bile tengok gamba anak kecil yang tak berdosa dibunuh tanpa secebis belas kasihan... Cubalah bayangkan kalau kita di tempat mereka, bayangkanlah kehidupan mereka yang penuh dengan peluru dan tembakan di sini sane... atau tengok ape yang korang nampak di sini...


Tanah Palestin yang telah di jajah sejak tahun 1946


Rumah yang da hancur...


Bayi yang tetap suci wajahnya...dan penderitaan seorang ibu...


seorang ibu yang memegang mayat anak nya sendiri...


kanak-kanak yang tak berdosa telah dibunuh dengan kejam!


ketakutan anak-anak...


tetap pergi ke sekolah..


tetap mengutamakan Allah dan tak tinggal segala perintahNya

Ape yang boleh kite usahakan? takkan kite nk diam je.....

Sebagai seorang yang beragama Islam, apa kata mulai saat ni, kite baiki segala kualiti n quantiti solat dan ibadah kite. Makin dekatkan diri kepada Allah S.W.T. Pahami setiap baris ayat dalam al-quran, bukan hanya baca dan hafal saje... dan berdoalah sebanyak yang boleh demi kesejahteraan saudara kita di Palestin...

Dan, seperkara yang agak susah untuk kite buat, tapi, cubalah sedaya upaya yang boleh, kite boikot barangan Israel, pasti dalam dunia ni, masih banyak produk lain yang kite boleh jadikan pilihan... semoga dengan usaha kite ni, akan dapat keberkatan daripada Allah...


kalau berkemampuan, boleh la buat sumbangan, kalo tak, tolong boikot pon boleh....


barang yang kebanyakannya penah kite guna, tapi  skang ni, kite cube elak yer same2....


sebelum nak beli apa2 barang, jom kite cek dulu bar kod ni...



Jom boikot, In shaa Allah, banyak lagi pilihan yang lain....


sesape yang ade tampal sticker Mcd ni kt kete memasing, jom tanggalkan.... simple je kan? boleh je tampal sticker lain yang mengingatkan kite kepada Allah, itu lebih baik kan...


ALLAHHU AKBAR!!!




Jom rujuk al quran Surah Al Isra' ayat 4 - 7

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Sumber dari FB Pesona Media

Renung2kan.....

Comments

su said…
aku pon banyak kali menangis.. setiap kali tengok gambar anak kecil yang syahid, aku sebak sangat.. tak dapat aku gambarkan macamana perasaan seorang ibu melihat sekujur tubuh anak kaku didepan mata.. aku tidak sekuat itu....
Riyani said…
memang sedih, so, stiap kali lepas solat, ape kata kite doakan keamanan gaza sekali semoga nasib dorang akan terbela...

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat