Pengalaman Bersalin anak ke 3

Alhamdulillah.. aku selamat melahirkan anak ketiga pada 11 May 2014 secara normal pada minggu ke 38.

Ini fes time aku sakit bersalin di rumah. Waktu pagi plak tu start 1.30 am. Anak2 sebelum ni mule rasa sakit tu, aku dah ade kt hospital dah.. so xyah risau ape. Ade nurse n doktor pantau. Ni sakit kt umah..diri sendirilah yg kne pantau..

Pepagi tu aku tetibe rs sakit perut. Tapi sakit2 manja je.. tapi kerap dalam setiap 4 minit cmtu. Padahal aku dah tdo dah kul 10 mlm tu. Sakit2 tu dlm kul 1.30 pagi. Aku dah x leh tdo. Siap google lg ape itu kontraksi. Point utama, kerap pada masa yg sama..so? Adekah dahtibr masa nk bersalin? Aku cube wat xtau sbb kesian tgk suami n anak2 yg lena tdo.. tp dlm hati aku berdoa, kalo betul itu kontraksi, tolonglah bagi petunjuk darah atau kuar air ketuban. Aku mohon pada Allah. Kul 3 pagi, aku g toilet.. dan, kuar darah pekat!!! Aku dah risau. Dgn rasa x sampai hati, aku try kejut suami. Suami bgn n kata jom g spital. Aku siap mandi lagi pepagi bute tu. Dalam kete, aku sempat makan roti custard. Manalah tau kalo2 aku trus bersalin. Kami menuju ke Hosp Banting.

Plan asal nak bersalin di tempat dilahirkan. Tapi sampai2 kat wad bersalin. Sunyi, sorg nurse pon x nampak. Seb bek jumpe Mak Guard yg tengah ronda2. Dia yg bawak aku ke dalam. Nurse sume dok kt labor room. Sunyi. So lps soal jawap dgn nurse, dorg suh aku kencing dulu. Lepas tu check ctg. Lebih 2 jam dr 3.40am smpi subuh. Aku dalam tuh. Nurse fokus pada sorg patient yg nk bersalin. Lebih kurang 2 jam jugak dia meneran tapi x berjaya. Aku mmg rs nk tdo je sbb dok sorg3 dalam labor room berdepan dgn org yg nak bersalin tu. Nampakla sesikit sbb pintu x rapat. Hasil ujian ctg. Nurse kata sakit tu bkn kontraksi pon. Xde tanda2 nk bersalin. Bukaan pon cume 1cm dan aku disuruh balik dan dtg semula 21 May 2014 iaitu pada tarikh due date aku..dan hari itu ialah 11 May 2014. Aku dgn muke blur kuarlah dari situ n cari mana suami n anak2 sbb lama gak dok dalam labor room tu. Aku cite sume kat suami n dia cadangkan untuk pegi ke Hosp Klang je. So, kami pon baliklah ke rumah.

Sampai2 umah trus solat subuh. Suami suh trus g hospital tapi aku kesian anak2 ngantuk. Aku pon. So ingat nak la sambung tdo. Baru nak lelap jer tetibe makin sakit plak. Suami baru lah nk tdo. Aku terpaksa kejut. Aku bgtau rasa sakit makin kuat.. kali ni sakit betul. Bkn sakit2 manja or sakit2 sedap dah. Asalnya nk la g sarapan sesedap kat kedai. Tapi dah sakot sangat. Suami just benti kt Pasar Pagi beli kueh untuk alas perut kami anak beranak.

Sampai2 Hosp Klang, trus g tempat untuk org bersalin. Trus kne tukar baju spital. Gigihlah sebab rasa sakit sangat dah. Aku pon citelah psl yg aku dah g Hosp Banting tu. So, cek2 bukaan dah 3 cm. So dorg jangka dalam 4 jam akan buka 10 cm. So aku di bawa ke wad. Masa tu kul 9.20 am. Nurse nk cek ctg. Tp aku dah meronta ke kiri n kanan. Dorg pon tanya, sakit sangat ke, aku jawap. Aah.. sakit sangat2. Cek2 dah 9 cm!!! Kelam kabut bawa aku ke labor room. Sampai2 sana, nurse cakap, kalo rasa nak teran, teranlah. Aku pon teranlah sekali. Trus kuar baby. Masa tu kul 9.39 am. Teramatlah lega sebab sakit da stop. Alhamdulillah, lahirlah baby boy yg ke 3 bernama Muhammad Rayyan Danish.

Allah beri ape yg kita perlu, bukan ape yg kita nak. Aku bersyukur sangat sebab dari awal pregnant, memang mudah. Morning sickness pon xde sangat. Selera makan memang sentiasa on jer. Paling best, masa 8 bulan, berat badan aku statik jer walaupon makan x benti. Cuma ade masalah hb tu memang x leh nak elak sebab aku ni memang hb low dari dulu so, makan obat n makanan tambah darah jelah. Set bersalin, aku pilih Tanamera. So start minum vco tu dari 34 minggu. Maybe sebab tu kot sekali teran jer. Memang senang. Alhamdulillah sangat.


Ummi ayah, abg Ammar n abg Yussuf sayang sangat kat kamu <3 p="">

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat