Posts

Showing posts from March, 2019

Kenduri Dzul

Image
Seriously aku ni jarang pegi kenduri kawen kawan aku. Sebabnya, Mr Red sejenis polis yang suka tanya aku ni kawan dengan pengantin lelaki or perempuan. Kalau lelaki, jangan haraplah aku dapat pegi. Itu dulu😅 Tapi arini yang kawen tu memang kawan lelaki aku. Dia sebenarnya junior sekolah menengah aku SSAS. Aku kenal dia pon sebab masa aku cuti semester UiTM, aku pernah ikut trip naik gunung dengan Cikgu Hatta. Cikgu sekolah menengah aku tu. Time tu Dzul tu masih sekolah lah. Cuti sem kan panjang. Mama aku memang tak bagi g keje. So, aku naik lah gunung. Memang best gilak. Tapi kalau skang nak naik lagi, memang pancit arr😂. So. Setelah bertahun tak jumpa Dzul. Dari zaman aku remaja. La ni dah ada anak 4 orang dah. Banyakkkk tahun. Psstt: Masa tengah makan kenduri tu baru aku bagitau Mr Red yang aku kawan dengan pengantin lelaki. Haha. Selamat aku😝 Adik Haziq mengantuk tu😅 Makan ape tu dik?😁

Tasik Bera

Image
Bulan lepas, kami balik kampung kat Pahang. Kebetulan masa tu cuti raya cina. Masa tengahari Khamis tu, jiran mak mertua jemput datang kenduri aqiqah rumah dia. So petang tu, Mr Red ajak jenjalan Tasik Bera. Last aku pegi sana masa tahun 2007. Masa tu baru kawen. Aku bawak skali mama, baba, mak mertua dan 2 orang adik ipar aku. Kali ni aku bawak pulak anak-anak 4 orang dengan sorang anak buah. Tasik Bera skang ni dah lain dah. Ada jeti. Ramai jugak orang terutama yang kaki pancing. Bukan golongan lelaki jer. Tapi pompuan pon ada. Ikan kat sana besar jugak. Yang tak pandai pancing boleh je beli ikan dari rumah rakit kat situ. Memang ada je yang stay situ memancing. Dulu kami pegi just tengok2 jer. Kali ni Mr Red ajak naik bot. Aku mula nya cam taknak sebab kalau nak naik bot kene turun ke bawah. Lereng bukit yang botak. Dah la kaki aku belom baik sangat. Gigih aku nak turun bukit tu. Yussuf pulak dah excited sangat nak naik bot. So layan jelah. Pengalaman baru jugak tu. Naik bo

Pesta Buku Negeri Selangor

Image
3 Mac 2019 Kebetulan nak pegi ronda-ronda Kompleks PKNS Shah Alam. Lama tak pegi. Maklumlah, kan 3 bulan bertapa kat rumah sebab patah kaki😅. Meriah sangat Shah Alam. Dari kat Section 7 sampai ke Kompleks PKNS meriah. Maybe sebab dah banyak booth jual pakaian raya kot. Tapi kalau nak design latest 2019, tak banyak butik update lagi. Hehe. Nak jugek yang terkini. Haa. Kebetulan sebelah tu kat SACc ada Pesta Buku. So aku bawaklah anak4. Happy sangat diorang dapat buku baru. Mr Red pon happy jugak sebab dapat tanda tangan dan bergambar dengan Gayo (ini zaman majalah Ujang dedulu). Aku pulak, cari buku resepi lah. Sebab aku bukan kaki novel pon😅. Masa jalan dalam tu, siap terjumpa kawan sekolah rendah aku dulu, Farah. Hehe. Emak dia nampak aku dan tegur aku dulu. Hebat dia sekarang. Dah berjaya. Alhamdulillah. So, sebelum balik, Rayyan nak sangat main lego kat booth MBSA ni. Maklumlah kene tunggu line clear. Baru boleh main puas2. Aku siap daftarkan untuk Ammar dengan Yussuf

Nasi Lemak Kukus

Image
Alhamdulillah, pagi ni anak4 sume bangun awal. So dapatlah keluar breakfast jap sebelum ayah diorang masuk keje. Yer. Hari Sabtu ialah hari bekerja bagi kami. (Aku benci betol kalau kene keje hari Sabtu😅). Semalam dah sarapan sini. Tapi makan Nasi Goreng. Kat sini kalau hari Sabtu, special Nasi Lemak Kukus. Lauknya adalah macam2. Kami amek Ayam Goreng Rempah dengan Rendang. Anak4 cam biasalah nak Roti Canai dengan Roti Telur. Lagi yang special kat sini kalau hari weekdays ialah ada, Nasi Lemak Hijau. Memang terbaik😊 Lokasi : Warung Ampera. Nasi Lemak Kukus + Milo Tabur