"The Lagend Water Chalets"

Petikan drpd myMetro (Santai):

MENYEMAK lembaran majalah percutian antarabangsa baru-baru ini, hati terpana dengan keunikan pusat peranginan di Maldives yang gah dengan chalet terapung.Tidak ketahuan saya, chalet seumpamanya turut didirikan di beberapa lokasi tumpuan pelancong di negara ini termasuk di Tioman dan Langkawi.

Terkini, The Legend Water Chalet di Port Dickson, Negeri Sembilan yang mula beroperasi pada akhir tahun lalu menawarkan penginapan mewah seolah-olah tetamu beradu di atas permukaan air.

Apa tidaknya, chalet berkonsepkan Bali ini mempunyai beberapa cermin lutsinar di lantainya membolehkan pengunjung melihat kelibat kawanan ikan. Apabila malam pula, cahaya bulan terpercik ke dalam chalet melalui bahagian lantai ini.Keselesaan dengan menekankan konsep terbuka tetapi santai menjadi teras pembinaan utama untuk pusat peranginan ini. Untuk mewujudkan suasana tropika ala Bali, setiap unit dilengkapi dengan kemasan lantai batu Bali, lantai keras, katil tidur boleh ubah suai dan pencahayaan yang menenangkan.Malah, dapur dan katil berkembar kedua turut disediakan bagi memenuhi keperluan mereka yang berkeluarga. Sentuhan mewah terlihat pada penggunaan cermin lutsinar di lantai chalet dan ruang mandi berkonsep terbuka.Dengan segala kemudahan dan privasi diinginkan, ia menjadi tarikan utama sebagai destinasi bulan madu untuk mereka yang baru bergelar raja sehari, pasangan yang mahu memperbaharui ikrar cinta dan mereka yang ingin mengisi hujung minggu dengan waktu berkualiti bersama-sama.Bagi menarik lebih ramai pengunjung, The Legend Water Chalet menawarkan harga pengenalan bermula pada RM300 termasuk sarapan. Tawaran ini sah sehingga ke tempoh yang ditentukan kelak.

AKTIVITI DI SINI

Untuk kaki pancing, mereka boleh menyewa bot untuk ke lubuk memancing di laut lepas. Untuk pencinta alam, cuba intai hidupan liar dengan menyertai Tanjung Tuan Forest Reserve Raptors, menyelam di terumbu karang ke Teluk Kemang dan Tanjung Tuan.

KEMUDAHAN LAIN

Tiga bilik seminar dengan kapasiti 250 orang untuk setiap satu. Lobby Bar Lounge dan Coffee House pula menyajikan menu tempatan dan antarabangsa.

UNTUK KE SINI

Terletak berdekatan dengan pekan Lukut dan kira-kira 4.8 kilometer dari Port Dickson di Negeri Sembilan, ia mudah dihubungi dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Seremban - Port Dickson.
LOKASIBatu 2, Jalan Seremban,71000 Port Dickson,Negeri Sembilan

http://www.legendwaterchalets.com.my/

************************************************************************************** Pertama kali terbaca artikel (Metro Harian) ni, waktu aku berkunjung ke rumah Marina..mmg sgt menarik dan ia mengimbau kenangan "bulan madu yang indah".


Sebenarnya, aku dan hubby tak pasti samada nk honeymoon atau tak, memandangkan cuti aku yg sikit. Tp, tetibe kwn hubby bercadang nak hadiahkan pakej honeymoon di area pd. Dah namanye rezeki, so, aku pun pilih la The Lagend Water Chalets ni..( dah dia kate, pilih yg mahal pon takpe, aku pong pilih le..rezeki jgn ditolak..hik..hik..).

Sebenarnya, honeymoon kami tu hampir tak jadi...ape taknya, selesai majlis kenduri bertandang hari sabtu tu (16 June 2007), kami da penat dan letih..esoknya, kami bertungkus lumus tolong kemas umah...perasaan bersalah pd keluarga mmg ada sbb umah masih berkecah, tp da nak balik. Lagipula, ramai ahli keluarga yg masih ada dan kami pon, mula keje rabu dan khamis. Hubby aku pon ckp, honeymoon tu lain kali leh pegi...(time tu, aku da sedih da...huhu)..tp, memandangkan kwn hubby aku asik call byk kali, so nak tak nak kene la pegi.. (da bayar deposit da..sian ar kt member tu). So, petang tu, kami pon kemas beg dan bersedia nk ke PD. Mak mertua dgn kakak ipar aku cam senyum semacam je..tp cam paham lar...(org nk g honeymoon le katekan)

Kami tiba di PD, agak lewat di mana, jam hampir menunjukkan tgh malam...sblm check in tu, sempatlah kami beli mknan utk mkn mlm..lapo tau...hehe... ni adalah gmba chalets ni pd waktu siang..ada 2 jenis, ni cam apartment la...tp, kami tak dok sini, kami dok yang chalet atas air punye...


Mmg selesa ar kat sini..chalets dia, ala2 Bali gitu...tak rugi dtg sini...(klu free leh ar..haha..)rate dia pon bole thn gaks mahe nyer...time kaseh byk la kat kwn hubby aku sbb sponsor..lain kali, sponsor ar lagi...ekekeke....


gmba time nak balik ni...(amek gmba sendirik je, sbb takde org nak tolong, hari keje la katekan..)
bye..bye The Lagend Water Chalets, ade rezeki, kite jumpe lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat