Posts

Showing posts from July, 2012

Menu Berbuka 1 Ramadhan

Image
Haish...arini da masuk 6 ramadhan. tapi, sebok nak cite pasal menu berbuka masa 1 ramadhan. tak kira, nak tulis jugak. Tahun ni, niat takmo selalu beli juadah di bazar. So, kene masak sendiri jerk... Menu hari pertama berbuka sangat simple, tapi mengenyangkan jugak okeh... tada..... Simple jer, cuma pengat pisang + sagu, lauk ayam masak coca cola dan sayur bayam masak belacan... alhamdulillah.....

Jom MengEDIT Gambar

Image
Tetiber jumpe web yg sangat bez ni  http://pixlr.com/ Sangat ohsem untuk edit gambar ibarat Instagram yang hebat itu! wow...ade bling2 *-*

Salam Ramadhan 2012

Image
gambar dr pakcik google gambar dr pakcik google Harini last dapat berbekpas, ber lunch dan ber dinner. Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan. Semoga ibadah kite dapat diperbanyakkan, dapat buat dengan lebih berkualiti, semoga iman dan akhlak kita akan lebih baik, hubungan kita dengan sesame manusa (family, sedara-mara, kawan2, jiran2) akan lebih baik....dapat jaga lidah n bercakap perkara yang baik2 jer, tak membazir lagi.... Harap2, bulan Ramadhan ni, akan kurangkan aktiviti mengunjungi bazar ramadhan. Niat/plan nak masak sendiri untuk buka n sahur. Cume weekend je if nak jejak bazar..harap2 begitu lar....huhu...  SELAMAT BERPUASA ESOK YER !

Lagi2 Teh Tarik

Image
Nak dekat Ramadhan ni, tekak nak minum teh ais pulak. heh...ade2 jelah ko ni riyan! memandangkan pagi ni hujan je memanjang, so petang sebelum waktu balik la aku baru g beli teh ais. Mamak tu pon da cam muke aku sebab asik2 beli teh tarik/teh ais..x jemu2 lak tu.. eh okelah tu mamak, aku sanggup beli walaupun teh ais ko jual mahal! (emo pulakkk) gara2 nak minum teh ais, air masak dalam botol tu sanggup dibuang serta merta.. kemudian, terus isi teh ais dalam botol air..haha..br senang nak minum dalam kete...

ABC FRADOO

Image
Menjelang Ramadhan ni, tekak terasa seperti mau menikmati abc yang power iaitu abc fradoo. Sesape yang penah belajar kat uitm shah alam terutamanya, pasti tau pasal abc yang power ni... aku tau dulu pon, sebab senior aku yang perkenalkan... so, demi memenuhi keinginan itu, sabtu lepas bersamaan 14 Julai 2012. Memandangkan adik aku ade di daerah yang sama dengan aku, so kami pon ajak la dia sekali sebab dia tu warga kuantan :) Lokasi: food court section 2, shah alam, blakang kfc, gerai no 14 tengokla...terliur ke tak ni?? sangat kalerful, ade ice cream plus coklat yang yummy!! oh ye, harga untuk abc special ni, cume RM3 je.  ini saya punya.....Bismillah yer....

Congratulations for Kak Nina

Image
S em alam baru je terima berita gumbira, iaitu my cousin, Saida Majina atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nina, selamat melahirkan baby girl yang sgttt comel. Baby itu merupakan cahaya mata ke 5 bagi beliau. Beliau memang nak sangat bb girl memandangkan, anak sulung beliau ialah girl, kemudian, boy, boy,boy, dan untuk 2012, dapat girl..yeaa... Tah nape, hati sangat excited pulak.. hehe... bukan ape, normal la, sape yang ade anak lelaki, tingin anak pompuan, sape ade anak pompuan, tingin anak lelaki...itu biasa, bukan pelik. Tapi, kalo ade orang yang telah dikurniakan anak lelaki dan perempuan, jangan la taksub dan sombong pulak seolah-olah mereka tu hebat. Kemudian, offer diri nak mengajar pulak, camne nak dapatkan anak lelaki or perempuan. Pada aku, itu sume mengarut, sebab, as a human, kita boleh merancang dan berusaha untuk pregnant. Tapi, soal jantina, itu kuasa Allah, bukan kuasa manusia. So, berdoa adalah senjata yang paling bagus.  Okelah, kepada Kak Nina, tahniah!!

For all DRIVER

Image
Adakah hanya berbekalkan lesen dan kenderaan tertentu da cukup selamat untuk memandu di jalan raya terutama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor??? Jawapannya ialah TIDAK! kenapa tidak? sebab malang itu tidak berbau. So, sebagai seorang yang beragama Islam, sebelum memulakan perjalanan, baca doa naik kenderaan, beristighfar, check kenderaan tu, kalo sume okey, baru mulakan perjalanan... Bukan apa, kebanyakan orang yang baik2 di muka bumi ini, apabila mula memandu/menunggang kenderaan, trus berubah watak jadi, pemarah, tak bertimbang rasa, tak sabar dan sebagainya... Berisiko untuk kemalangan da jadi perkara biasa. Yang penting, kita memandu berhati2.. if jadi apa2 at least kita memang da berhati2...tapi, berbaloi ke nak bersedih kalo memandu pon laju cam pelesit, pastu drive secara merbahaya jugak....ish..ish... elakkan lah.... actually, aku penah mengalami pengalaman eksiden yang teruk pd tahun 2004. aku dpt lesen tahun 2000. tapi mula drive tahun 2004. Lokasi kejadi

xtvt 7 Julai 2012

Image
Pada hari tersebut, jiran depan umah buat makan2 sempena rumah baru plus sempena nak sambut ramadhan.. tapi ramai jugak jenjiran yang tak datang, ade yang balik kampung, ade yang ade hal, so, takde la nk sembang sesangat...  Lepas makan, trus gigih nak ke pkns banting plak. Kawan aku, merangkap, kawan sekolah rendah, sekolah menengah, satu universiti plus kawan serumah masa dok kat Puncak Perdana, buat majlis akikah anak beliau yang kedua. Aku asalnya, kene outstation ke Perak pada 6-8 Julai. Tapi tak jadi (yahoooo...) so, boleh la g umah kawan aku ni.. gmba dicedok dari facebook elin Best sangat layanan dorang kat kami. Disebabkan da kenal lama, so, aku agak mesra dengan mak kawan aku ni. Dan kebetulan yang best, kitorang sama2 dapat anak 2 hero. Semestinya sangat meriah! Oke, da!

Cool ke tak bawak bekal?

Image
Jujur aku cite, masa aku di zaman sekolah, aku memang rasa tak cool kalo bawak bekal. Pendek kata, segan, malu, takde duit dan pelbagai perkataan negetif. So, aku memang akan paksa diri makan kenyang2 dari umah (teruk la ngkau ni yani!) Mama aku bekerja sebagai nurse di hospital kerajaan. Waktu keje beliau adelah mengikut shift, pagi, petang atau malam. Sebagai seorang wanita bekerja dan seorang isteri + ibu, mama aku tak penah abaikan tanggungjawap dia. Setiap pagi, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak makanan untuk bekpes dan lunch. Sebab, umah kami dekat je dengan sekolah, so, kalo time tu mama keje, kami balik umah, makanan da siap cuma keje rajinkan diri untuk panaskan je...  Tapi time tu, aku memang jarang sangat bawak bekal. Seingat aku, penah sekali sekala je, itupon masa g rombongan sekolah....  Tibalah skang bila aku pulak bekerja.. Sebelum ni, opis aku kat Taman Desa. Kat sana, memang takde la bawak bekal sebab  kat situ kedai makan ade banyak n murah-mu

Tips Menggunakan Produk Baru

Adakah awak-awak sume jenis setia kepada satu jenis produk atau jenama? atau, diri awak sentiasa ade sifat ingin tau yang mendalam dan ingin mencuba sesuatu yang baru seperti saya?? Hari ni semasa menempuh jem yang amat menjengkelkan, saya ade dengar tips dari Radio KL 97.2fm melalui seorang doktor (lupa nama beliau). Beliau telah berkongsikan tips yang amat menarik. Iaitu, jika anda ingin mencuba sesuatu produk baru, seperti foundation ke, krim ke ape2 la... jangan terus sapu di kulit wajah, tetapi sapu di kawasan leher selama 3 hari. Kenapa 3 hari? sebab, nak pastikan samada produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kite...  Jika ia ade bahan beracun dan meninggalkan kesan yang teruk. Kita boleh je terus rujuk ke doktor atau pakar kulit. Kalau produk itu terus dipakai terus ke kulit wajah, nanti kalo kulit menggelupas ke, berdarah ke (ee..jauhkan ler) sudah tentu self confidence akan merundum sebab orang tengok kita bermula dari wajah, manakala leher ada lah kawasan tertutu

Salam Nisfu Syaaban

Image
Sumber gambar dari pakcik google Sumber gambar dari pakcik google Niat di hati nak puasa sunat harini. Tapi malam tadi n pagi tadi langsung tak makan sangat sebab rasa tak sedap badan. huhu....  Semoga kualiti ibadah kita akan lebih baik dan lebih banyak. Setiap orang diberi masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jadi, sama-sama cari kualiti masa untuk luangkan masa untuk Allah S.W.T. Jangan terlalu kejar kesibukan di dunia. Kene sentiasa spend masa untuk persediaan ke akhirat jugak.. Peringatan ini untuk diri aku sendiri, keluarga, kawan-kawan dan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli Syurga..... InsyaAllah.....

Dinner semalam

Image
S emalam dengan baik hatinya, encik suami ajak makan kat luar. Kalo tak, mesti aku da bersilat kat dapo lepas maghrib.. kedai ni, dekat je dengan umah aku.. murah2 je makanan kat sini..murah dan banyak... nasi goreng ni cuma berharga rm3.50 mee yg banyakk ni pon cuma rm3.50, murah kan?

Jalan2 ke Janda Baik

Image
Dari hari tu lagi, Ammar da request nak mandi sungai. So, pagi ahad semalam, bersamaan 1 Julai 2012 kami plan nak ke sana. Sebelum pegi, cuci kain dulu. Pastu masak makanan untuk berkelah nanti. Air trus buat 1 jag taruk dalam tong, nanti kat sana baru beli ais.  Disebabkan pegi ke sana cuma cam terjah je sebab immediately je. So, tak dapat ler nak ajak family members, maybe next time ya!..  Bertolak dari rumah pon da kul 10 lebih.. benti itu in tengah hari baru sampai... memang nyaman sangat udara di kampung itu. Walaupun kepala aku pening sebab telinga jadi bengang sepanjang highway tu... Kami takde pun sewa chalet ke haper... sebab time2 camni, memang da fully booked da.. so, just santai je, bentang tikar di bawah pohon rendang. Kete plak parking sebelah sungai.. Seronok tengok anak2 mandi. Harap next time boleh pegi lagi awal or maybe tdo sane.... sbenarnya air kat sini jernih tau..dlm pic nmpk keruh plak..huhu Tengok awan mendung tu... Psl tu kami cepat2

Berkunjung ke branch

Arini aku g branch opis di Subang. First time aku ke sini. Itupun berpandukan peta dari pakcik google. Aku rasa opis yang ni, memang santai. Jalan pon tak jem. Parking pon free. Tol kene bayor la.... So far, layanan dorang memang tip top. Sempat lar aku di bawak ronda 1 opis. Berkenalan dengan staff kat situ... Sempat jugak aku jumpe bos aku kat sana....hehe....Sambil tu, aku ade request banyak keperluan stationary, pilih je ape yang nak.. senang la nak guna untuk wat keje kan...sebab da alang2 ke sane.... Da!

Mangsa Kedua?

Tengah syok wat keje, tetibe loceng opis berbunyi, ding dong... pastu aku pon dengan penuh sopan santun gadis melayu berjalan pegi bukak pintu.. pastu ade sorang wanita ni, dengan pegang banyak file bagai, speaking london dengan aku sambil tunjuk sms dalam hp dia..  Apekah??? Pastu aku, dengan berbangga dengan Bahasa Melayu, berslogan "Bahasa Jiwa Bangsa", terus tanya, awak ni da salah la. Boleh tak awak call semula company tu?. Sungguh kesian pada beliau sebab dapat sms panggilan temuduga. Alamat dia memang betul wujud iaitu alamat opis aku. TAPI, nama company nya lain. Sangat lain..no..no..no....  Bulan lepas, ade sorang wanita India pon datang sini nak interview tapi dia salah tempat.. No opis nya sama dengan opis kami.. tapi, itu ialah di Damansara Utama.  Hm...kesian jugak dengan mereka ni sebab tersalah paham or salah info or salah tempat.. Yang pelik tu, nape la tak study betul2 tempat nak g interview tu awal2... ke standby no phone orang dari company