Cool ke tak bawak bekal?

Jujur aku cite, masa aku di zaman sekolah, aku memang rasa tak cool kalo bawak bekal. Pendek kata, segan, malu, takde duit dan pelbagai perkataan negetif. So, aku memang akan paksa diri makan kenyang2 dari umah (teruk la ngkau ni yani!)

Mama aku bekerja sebagai nurse di hospital kerajaan. Waktu keje beliau adelah mengikut shift, pagi, petang atau malam. Sebagai seorang wanita bekerja dan seorang isteri + ibu, mama aku tak penah abaikan tanggungjawap dia. Setiap pagi, dia akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak makanan untuk bekpes dan lunch. Sebab, umah kami dekat je dengan sekolah, so, kalo time tu mama keje, kami balik umah, makanan da siap cuma keje rajinkan diri untuk panaskan je... 

Tapi time tu, aku memang jarang sangat bawak bekal. Seingat aku, penah sekali sekala je, itupon masa g rombongan sekolah.... 

Tibalah skang bila aku pulak bekerja.. Sebelum ni, opis aku kat Taman Desa. Kat sana, memang takde la bawak bekal sebab  kat situ kedai makan ade banyak n murah-murah gak. Kemudian opis aku pindah ke Bangsar South. Ha, kat sana memang aku terrrrpaksa bawak bekal sebab kedai makan yang dekat, mahal2 belake.... carrefour punya food courts tu pon da la mahal. pastu kt situ banyak cina. So. agak meragukan status halalnya. Nak makan murah n lauk melayu, ada. Tapi kene menapak jauh ke area umah flat. Adoi, penat sangat wei... rasa tak berbaloi je, g makan,pastu mengah2 balik opis. 

So, time tu aku dengan kwn aku, gagahkan diri masak untuk wat bekal. Paling malas pon kene standby nasik. Lauk2 tu boleh dibeli atau makan bersama lauk orang lain (hahaha....sekali sekala takpe). Tapikan time tu aku masih tinggal dengan parents aku. So, aku sambar je ape2 lauk yg mama aku masak (aci tak..acik tak) 

Skang opis aku kt pj, kat sini da la parking mahal giler. Kedai makan, mamak je yg ado. Harga? mahal la wei... bayangkan, kalo air nescafe tu pon da rm2.. kalo makanan lain2 tu tah brape la agaknya. So, kat sini la cabaran nya sebab aku da tak stay dengan parents aku. So, setiap hari kene gigih masak untuk bawak bekal. Aku akan pastikan masak untuk bekpas n lauk2. Lauk tu, aku memang makan untuk lunch. Tp encik suami kadang tu makan je waktu pagi b4 g keje. Kalo lauk tu ade lagi, balik keje kang, panaskan balik.

Kesimpulannya, jangan jadi cam aku, malu n segan tak bertempat. Bawak bekal itu sangat cool okey!!! Makanan yang dimasak dari umah adalah sangat bersih, selamat yang penting penuh dengan kasih sayang. Sedap tak sedap tu aku tak leh nak komen sebab itu terpulang pada tekak memasing.



Gambar di ambil dr pakcik google

Kalau aku nak amek mood bawak bekal. Aku akan pk orang jepun. Sebab dorang memang sangat rajin bawak bekal tanpa rasa malu! gambar di atas dipanggil bento. Comel sangat makanan itu disusun ikut pelbagai corak. Rasa sayang plak nak makan..hehe....





Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat