Tips Menggunakan Produk Baru

Adakah awak-awak sume jenis setia kepada satu jenis produk atau jenama? atau, diri awak sentiasa ade sifat ingin tau yang mendalam dan ingin mencuba sesuatu yang baru seperti saya??

Hari ni semasa menempuh jem yang amat menjengkelkan, saya ade dengar tips dari Radio KL 97.2fm melalui seorang doktor (lupa nama beliau). Beliau telah berkongsikan tips yang amat menarik. Iaitu, jika anda ingin mencuba sesuatu produk baru, seperti foundation ke, krim ke ape2 la... jangan terus sapu di kulit wajah, tetapi sapu di kawasan leher selama 3 hari. Kenapa 3 hari? sebab, nak pastikan samada produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kite... 

Jika ia ade bahan beracun dan meninggalkan kesan yang teruk. Kita boleh je terus rujuk ke doktor atau pakar kulit. Kalau produk itu terus dipakai terus ke kulit wajah, nanti kalo kulit menggelupas ke, berdarah ke (ee..jauhkan ler) sudah tentu self confidence akan merundum sebab orang tengok kita bermula dari wajah, manakala leher ada lah kawasan tertutup bagi mereka yang bertudung.

Sangat bagus tips ni, sebab kita sendiri tentu tak dapat jangka kesesuaian sesuatu produk dengan kulit kita. tak tau serasi ke tidak. so, dengan cara mencuba di leher, adalah 1 tindakan berhati-hati. 

Kenapa tak taruk kat tangan ke kaki ke or kawasan lain? sebab, kulit leher adalah kulit paling hampir sama seperti kulit wajah. Kulit kat tangan tu, adalah lebih tebal. Kalo anda taruk kat situ, kalo produk itu beracun atau merbahaya, ia takkan menampakkan kesan. 

So, ape kata lepas ni, kalo cuba produk baru, try tips ni... tak rugi pon, cuma taruk di leher selama 3 hari je... lepas tu, kalo da okey, boleh la sapu kat muka terus yer...

Da!

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat