Serba salah

Ahad lepas, aku g beraya di rumah kawan encik suami. Kawan baik beliau sejak zaman bujang. Skang ni, kawan beliau tu dah berkahwin dan ada sorang anak. Dan, aku memang agak rapat dengan isteri kepada kawan encik suami tu. Actually, dah 2 tahun kami tak jumpe. Last jumpe masa mereka ziarah aku dalam pantang anak kedua. lepas tu, langsung x jumpe dah. Memandangkan hari raya, so, encik suami tinginlah nak jumpe kawan dia tu...

Cantik sangat rumah dorang. lokasi di Bandar Saujana Putra. Dari umah kami, just ikut skve jek, tapi agak mahal tol nya walaupun dekat jek...next time lalu kg lombong jelah..

Mereka sangat baik. Sampaikan wife dia sungguh2 ajak aku masuk n lepak tgk tv dalam bilik dia. Serius aku sangat x suke orang masuk bilik tdo aku n aku pon x suke masuk bilik tdo orang. tapi, time tu, aku rasa serba salah sangat, aku dah banyak kali kata x nak. tapi, dia desak jugak n pujuk suh tengok cite boboiboy kat anak2 ku. so, aku naikla ikut skali. tapi, kejap je, lepas tu aku turun n bawak anak2 aku skali ajak mandi... fuh, aku harap, lepas ni x kan berlaku lagi... tolongla..

kesimpulan, bilik tido bagi pasangan yang dah berkahwin adalah sangat peribadi. sebaiknya, orang lain termasuk ibubapa, adik beradik, kawan2, dilarang masuk samasekali! sebab, ia adalah satu2 nya ruang peribadi antara suami isteri. aku ingat lagi, penah ade cousin aku gedik2 nak masuk bilik aku time tu aku stay umah parents. katanya nak tengok camne aku dekorasi bilik. amboi, ko hingat ni rancangan casa impian ker? seb bek abang aku x balik time tu. so, aku suh dia masuk bilik tu. lagipun, bilik abang aku tu, memang jadi bilik tetamu. itupon, kalau abang aku x balik la... biasa kalau ade wedding, orang datang mesti gedik2 nak tengok bilik pengantin kan? tapi pada aku, itu x salah sebab nama pon pengantin baru, so belum ada pape berlaku. tapi selepas dah berlaku, memang x elok lah kasik orang masuk dalam bilik tu. lagi2, kalo orang tu, dah berderet anak2, so, kalo boleh x yah la masuk bilik orang yang dah kwen. papepon, sume tu terpulang pada masing2 punya pendapat. ade jenis orang x kisah n ada orang jenis kisah. tepuk dada, tanya iman...


xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat