Posts

Showing posts from 2019

Kenduri Dzul

Image
Seriously aku ni jarang pegi kenduri kawen kawan aku. Sebabnya, Mr Red sejenis polis yang suka tanya aku ni kawan dengan pengantin lelaki or perempuan. Kalau lelaki, jangan haraplah aku dapat pegi. Itu dulu๐Ÿ˜… Tapi arini yang kawen tu memang kawan lelaki aku. Dia sebenarnya junior sekolah menengah aku SSAS. Aku kenal dia pon sebab masa aku cuti semester UiTM, aku pernah ikut trip naik gunung dengan Cikgu Hatta. Cikgu sekolah menengah aku tu. Time tu Dzul tu masih sekolah lah. Cuti sem kan panjang. Mama aku memang tak bagi g keje. So, aku naik lah gunung. Memang best gilak. Tapi kalau skang nak naik lagi, memang pancit arr๐Ÿ˜‚. So. Setelah bertahun tak jumpa Dzul. Dari zaman aku remaja. La ni dah ada anak 4 orang dah. Banyakkkk tahun. Psstt: Masa tengah makan kenduri tu baru aku bagitau Mr Red yang aku kawan dengan pengantin lelaki. Haha. Selamat aku๐Ÿ˜ Adik Haziq mengantuk tu๐Ÿ˜… Makan ape tu dik?๐Ÿ˜

Tasik Bera

Image
Bulan lepas, kami balik kampung kat Pahang. Kebetulan masa tu cuti raya cina. Masa tengahari Khamis tu, jiran mak mertua jemput datang kenduri aqiqah rumah dia. So petang tu, Mr Red ajak jenjalan Tasik Bera. Last aku pegi sana masa tahun 2007. Masa tu baru kawen. Aku bawak skali mama, baba, mak mertua dan 2 orang adik ipar aku. Kali ni aku bawak pulak anak-anak 4 orang dengan sorang anak buah. Tasik Bera skang ni dah lain dah. Ada jeti. Ramai jugak orang terutama yang kaki pancing. Bukan golongan lelaki jer. Tapi pompuan pon ada. Ikan kat sana besar jugak. Yang tak pandai pancing boleh je beli ikan dari rumah rakit kat situ. Memang ada je yang stay situ memancing. Dulu kami pegi just tengok2 jer. Kali ni Mr Red ajak naik bot. Aku mula nya cam taknak sebab kalau nak naik bot kene turun ke bawah. Lereng bukit yang botak. Dah la kaki aku belom baik sangat. Gigih aku nak turun bukit tu. Yussuf pulak dah excited sangat nak naik bot. So layan jelah. Pengalaman baru jugak tu. Naik bo

Pesta Buku Negeri Selangor

Image
3 Mac 2019 Kebetulan nak pegi ronda-ronda Kompleks PKNS Shah Alam. Lama tak pegi. Maklumlah, kan 3 bulan bertapa kat rumah sebab patah kaki๐Ÿ˜…. Meriah sangat Shah Alam. Dari kat Section 7 sampai ke Kompleks PKNS meriah. Maybe sebab dah banyak booth jual pakaian raya kot. Tapi kalau nak design latest 2019, tak banyak butik update lagi. Hehe. Nak jugek yang terkini. Haa. Kebetulan sebelah tu kat SACc ada Pesta Buku. So aku bawaklah anak4. Happy sangat diorang dapat buku baru. Mr Red pon happy jugak sebab dapat tanda tangan dan bergambar dengan Gayo (ini zaman majalah Ujang dedulu). Aku pulak, cari buku resepi lah. Sebab aku bukan kaki novel pon๐Ÿ˜…. Masa jalan dalam tu, siap terjumpa kawan sekolah rendah aku dulu, Farah. Hehe. Emak dia nampak aku dan tegur aku dulu. Hebat dia sekarang. Dah berjaya. Alhamdulillah. So, sebelum balik, Rayyan nak sangat main lego kat booth MBSA ni. Maklumlah kene tunggu line clear. Baru boleh main puas2. Aku siap daftarkan untuk Ammar dengan Yussuf

Nasi Lemak Kukus

Image
Alhamdulillah, pagi ni anak4 sume bangun awal. So dapatlah keluar breakfast jap sebelum ayah diorang masuk keje. Yer. Hari Sabtu ialah hari bekerja bagi kami. (Aku benci betol kalau kene keje hari Sabtu๐Ÿ˜…). Semalam dah sarapan sini. Tapi makan Nasi Goreng. Kat sini kalau hari Sabtu, special Nasi Lemak Kukus. Lauknya adalah macam2. Kami amek Ayam Goreng Rempah dengan Rendang. Anak4 cam biasalah nak Roti Canai dengan Roti Telur. Lagi yang special kat sini kalau hari weekdays ialah ada, Nasi Lemak Hijau. Memang terbaik๐Ÿ˜Š Lokasi : Warung Ampera. Nasi Lemak Kukus + Milo Tabur    

Kisah Menantu Perempuan

Zaman belajar dulu, aku pernah tanya sorang kawan aku ni, nama dia Farah. Farah macam aku jugak ada ramai abang. So,aku tanya lah, kakak ipar dia rajin tak tolong mak dia kat dapur. Farah jawab tak pun. Tiba masa, abang aku kawen. Aku tengok jugak kakak ipar aku. Tolong ke tidak. Jawapannya, tak jugak๐Ÿ˜…. Pernah sekali tu je, aku tanya salah sorang kak ipar aku. Nape tak tolong mama, dia jawab tempat dia cara potong bawang lain, tak sama macam cara kat umah aku. Tu je sekali aku tanya. Pastu tak tanya dah ๐Ÿ˜‚. Oh ya. Kakak ipar aku ada 4 orang kesemuanya. Tiba masa aku pulak kawen. Bab nak ke dapur, pada aku serius menyeramkan. Kalau sekadar mak mertua je ada kat dapur. Memang laju aku ke dapur. Tapi, kalau ada anak2 beliau yang lain. Memang aku segan banyak. For me, aku okay je nak tolong. As long as cakap elok2. Bukan selama ni aku tak pernah tolong pon. Tapi sejak satu kejadian ni, aku rasa takut gile nak tolong. Kisahnya, bila dah lama tak balik kampung. So, aku ni order la ma

Hasil menyinggah JJJ

Image
Barang first yang aku terbekenan ialah satu pouch oren ni. Sebab aku membayangkan, brush2 , barang skincare, mekap yang boleh muat dalam tu sebab besar wei. Boleh sumbat memacam. Tapi pouch tu takde price tag pulak. Tanya staff dorang, boleh cek harga kat casher. Pastu sukati la nak beli ke tak. Pastu satu tote bag, black n white brand Mary Quant. Best sangat beg ni, kalis air pastu just nice kalau kite letak barang dalam tu. Ni jelah barang personal yang aku beli. Lenlain tu menan anak4 aku je banyak. So far, kalo aku dok lelame bahagian bag ni, mau berbakul bakul aku beli. Hehe๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚ Ini pic bag yang asalnya aku google Inilah bag yang aku beli. RM10 jer. Yang kaler oren tu RM5. Puas hati. Alhamdulillah ๐Ÿ˜

Pengalaman Patah Kaki

10.11.2018 Aku terjatuh tangga. Kejap sangat masa tu. Tapi kaki kanan terus bengkak sampai kasut yang aku pakai tu terasa ketat amat. Ingatkan cuma terpeleot biasa jer. So aku turun naik tangga dan drive sendiri masa tu walau sakit teramattt. Esoknya aku pegi berurut. Ikut nasihat orang katanya elok urut (Please la lenkali kalo terjatuh, terus pegi klinik, bukan berurut!!). Baru je nenek tu pegang kaki aku, rasa sakittt teramat wei. Tak sampai seminit pon. Tapi beliau tetap terus urut. Laju2 aku nak blah sebab tak tahan. Terus ๐Ÿ’ธ RM50๐Ÿ˜ญ. Lepas berurut tu, aku g kenduri 2 pupu aku. Time ni memang gigil nak jalan sebab rumah dia berbatu besar2 tu. So lepas sampai tu, aku just duduk. Memang tak daya aku nak jumpa dari meja ke meja salam sedara mara aku sume. Lama jugak stay kat kenduri tu sebab nak tunggu abang dengan kak ipar aku datang. Sebab dorang baru balik dari naik gunung kat obersi. So, lepas dorang sampai, kami gerak balik lah sebab kami lom solat zohor masa tu. Lagi pun

Jalan Jalan Jepun

Image
Dah lama sangat aku tingin nak pegi. Tapi baru semalam berkesempatan. Rupanya, tak la jauh mana. Dekat jer kalau nak pegi tiap minggu pon๐Ÿ˜†. Sebelum ni, banyak yang aku baca pasal tempat ni, kata best. So, pendapat aku, memang best bagi korang yang layanzz barang2 preloved atau bundle. Tempat ni ada 2 level. So, memang macam2 ada. Dari barangan alat tulis, keperluan baby, kasut, bag, baju, pinggan mangkuk dan paling anak4 aku suka ialah toys !!!. Tapi okeylah sebab murah jer. So xpelah kalau dorang nak amek sebakul pon๐Ÿ˜…. Bende first haku tersuka ialah pouch kulit ni. Kaler oren. Masa amek tu memang takde tag harga tapi staff dorang kata, nanti boleh trus cek price kat casher. Pastu sukatilah nak beli ke tak. No paksaan๐Ÿ˜. So aku pon okey jelah. Bila dah sampai bawah. Cek harga, RM5 jer. So memang lah aku nak. Senang nak buh brush dan makeup tools yang hado bila nak travel ke balik kampung ke. Lagi satu yang aku berkenan ialah tote bag Mary Quant. Love sangat wei

I'm back !!

Fuh.. Berpeluh nak login balik blog nih. Dah bertahun bersawang. Now, I'm back . Tetibe rasa nak menulis kat sini. Alhamdulillah. Love u my sweet blog ๐Ÿ˜