Puding Marble

Percubaan pertama wat puding marble ni, menjadi...syukur sgt.... nk buat pn sng sgt sbb xpayah nk bakar ke kukus ke, cume perlu masak atas api je....oke, ni resepinya ya puan2,

Bahan-bahan
10 gram serbuk agar2 ( 1 paket) tp aku guna yg jenis panjang2 tu je
4 cawan air
2 cawan gula halus ( aku guna secawan je)
1 cawan susu cair ( 400 mililiter, bersamaan 1 tin )
1 cawan tepung kastard
1 cawan serbuk koko ( aku pki ke serbuk coklat yg guna utk wat air cm vico )
1 susu makan air suam (utk dibancuh dgn serbuk koko)

Cara Membuat :
1. Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dlm periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bancuhkan suau cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan.
3. Masukkan bancuhan kastard dan kacau hingga pekat.
4. Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam satu bahagian.
5. Masakkan hingga pekat.
6. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
7. Lapiskan adunan kuning ke atas adunan coklat tadi. Biarkan keras seketika.
8. Lapiskan sehingga semua adunan habis.

Sumber :  Chef Hanieliza

So, inilah hasilnya..


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Menantu Perempuan

Dadih Coklat

Tasik Bera