Hari Pertama Anak2 Masuk Ke Taska

Sudah berbulan bulan aku tunggu tarikh arini iaitu 3/9/2012. Sebab ape?? sebab anak2 aku masuk taska untuk sekian kalinya. Ammar, masuk taska yg ketiga dlm hidup dia. Yussuf plak, ialah kali pertama! Syukur sangat sebab yussuf paling okey, paling excited masuk ke taska. cuma masa ayah n ummi datang amek petang tadi, dia tetibe nangis sekuat hati. sama sangat masa ammar seusia yussuf bile masuk taska di bandar sg emas dan bandar bukit mahkota. Sangat mencabar bagi kami sebab ammar melalui fasa "kejap masuk taska, kejap dok di rumah bersama atok n nenek" dan dia memilih nenek! Sepanjang malam sevelum dia tido, dia nangis, cakap "ummi, ammar xnak pegi sekolah, ammar nak nenek".. Ya Allah sebaknya aku rasa. aku sangat paham tentang ape yg dialami oleh ammar. ummi harap, ammar kuat dan tabah.... ammar n yussuf boleh hadapi sume ni yer....

Sebelum masuk taska ni, memang setiap hari ahad, aku akan hantar anak2 aku ke rumah parents aku, n amek mereka setiap jumaat. tapi kali ni, setiap pagi, suami akan hantar mereka ke taska n aku akan jemput mereka waktu petang. Aku x sanggup lagi berjauhan dengan anak2 aku. biarlah kami susah macamana pon, asalkan kami sentiasa bersama susah senang. aku nak tatap wajah anak2 aku setiap kali mereka tido kerana ia adalah terapi hebat bagi aku seorang ibu....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami..semoga kami dapat menghadapi dan melalui situasi ini dengan kuat dan tabah...

ummi sangat sayangkan anak2 ummi, Ammar dan Yussuf. Maafkan ummi n ayah sebab terpaksa hantar kamu ke taska bile ummi n ayah kene work. Ummi harap anak2 ummi boleh sesuaikan diri dengan baik yer.....

xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Menantu Perempuan

Dadih Coklat

Tasik Bera