Pelangi dr Allah

Semua manusia pasti akan diuji samada dengan ujian yang kecik atau besar. Walaubagaimanapun, Allah hanya akan beri sesuatu ujian yg mana, hambaNya itu pasti boleh lalui. Ada sebut dalam Al Quran, tapi aku x pasti surah ape...

October 2011, aku amik risiko untuk berhenti keje di sebuah company yang aku da berkeje selama 5 tahun. Memandangksn notis 2 bulan, bulan doblas la aku angkat kaki. Sebab utama ialah, aku da bosan dengan keje aku yang lansung x mencabar minda. Penah request dengan boss untuk tukar deparment, tapi dia x kasi. Memang 10sion. Maybe dia x bagi sebab dia pon baru je join comp tu. Tapi, aku kene berubah. Takkan aku nak keje situ smpai tua kot?  sama seperri konsep pelaburan, HIGH RISK, HIGH RETURN. So, aku kenelah berani hadapi segala risiko kalau aku benti nanti. Syukur sangat sebab encik suami n parents aku sentiasa sokong n doakan aku.

Aku selalu berdoa supaya dapat keje yang lebih baik. Bukan ape, aku risau kalo keje dengan bos cina n then dia x kasik aku solat. Bahaya tu. Atau pun dapat bos yang jenis x solat. Itu lagi ku takut. Ade dapat satu offer ni, dia bagitau, bulan Ramadhan memang kene balik lambat, iaitu jam doblas malam ke atas! tanya aku sanggup ke? bile dipikirkan balik, memang x sanggup sebab, bulan Ramadhan la kite kene balik awal, nak berbuka dengan family, nak bertadarus, terawih tu yang best. takpe aku tolak demi Allah. Aku x sanggup nak belakangkan Allah semata2 cari rezeki sebab rezeki tu pon Allah yang bagi. Kemudian, dapat offer lagi di sebuah comp perbankan. tapi keje shift sebab deal dengan bank obersi. so, waktu negara x same. Itupun rejek gak sebab cmme aku nak handle anak2, klo bujang orait kut.

Then, aku terima job dr bnyouthjob fair tu. Syukur sngat sebab comp melayu. So, soal nk solat tu xde masalah. surau pon dekat n selesa. Memang beza gler skop keje yang aku bakal hadapi. Tapi memang itu yang aku cari sebab aku nak kelainan. xdelah membelek mende mati yang rosak je kan? da serupa robot da..haha... yang best pasal opis baru aku ni. Dorang amalkan waktu keje flexible. maknanya, xde istilah late comers kalo ko datang lambat. yang penting, keje cukup 8 jam. contoh, masuk kul 8.30 blk kul 5.30. kalo masuk kul 9, blk kul 6 dan seterusnya. kene jujur okeh! pstu comp ni jenis result-oriented, maknanya ko nak tunggang terbalik ke, janji keje tip top. bkn seperti comp lain yang itu x bole, ini x bole, staf dilayan seperti budak2. waktu rehat n lps wktu keje pon kalo boleh suh wat keje je..boikot..pastu yg best lagi, ade pluang untuk outstation, haha.. encik suami cam x suke bab ni. tp daku suke sebab dapat travel. okey ape, daripada ko melangut kat depan pc ko tu je, dok kat situ dr pagi sampai petang..x boring ke wei? skali skala nak gak hirup udara luar..

Kesimpulan aku membebel ni ialah aku nak korang sentiasa dekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bile aku rasa down gler, aku slalu baca doa Nabi Yunus. Syukur Allah permudahkan urusan kita. Pastu rajin baca surah yasin. InsyaAllah, Allah akan sentiasa cukupkan rezeki kita. Setiap hari amalkan solat sunat dhuha. Sangat magic okey!! selalu dapat rezeki yang x disangka. Surah Waqiah juga elok diamalkan. So, jangan ingat Allah uji hambaNya sebab Dia x sayang. Tapi Dia sangat sayang hambaNya dan sentiasa nak berikn kita yang terrrrbaik.. itulah pelangi yang cantik kurniaan Dia

Gambar di ambil dari pakcik google

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat