Usaha Menjadi Ibu Yang Terbaik

Bukan senang nak jadi Ibu Mithali. Kene banyak sabar. Kene ada sokongan positif. Kene ada ilmu. Kene selalu berdoa. 

Aku mengaku, kadang-kadang aku tak dapat nak kawal emosi bila anak buat perangai. Tapi aku akan sentiasa cari bahan bacaan keibubapaan. Aku sentiasa nak berubah untuk jadi ibu yang terbaik. Nak jadikan  Islam sebagai landasan dalam mendidik anak-anak. 

Sebelum dan selepas dapat anak sulung, aku bekerja. Kebanyakan masa, mama aku yang uruskan anak aku, Ammar. Sampaikan Ammar penah panggil mama aku as "mama" bukan nenek. Time tu aku rasa gugur jantung aku. Setiap hari aku akan keluar awal pagi untuk ke pejabat. Lebih kurang 60-70KM, pegi balik da 140KM. Memang sangat penat hokeh! setiap bulan, mama aku yg akan bawak Ammar pegi check up kt klinik. Aku sedih bila balik umah, dapat spend masa kejap je. 

Then, kami berpindah ke Bangi. Masa tu aku da pregnantkan Darwish. Time ni, memang totally kami uruskan sendiri. Dari hal klinik, anta n jemput dari taska. Baru rasa pikul tanggungjawab. Tapi tak lama stay sana. Lepas bersalin kan anak kedua, kami pindah balik ke Banting sebab encik suami dapat keje kat sana.

Kemudian, kami pindah ke umah sendiri. Time ni, aku da berhenti keje. Memang best duduk umah sebab dapat uruskan anak sepenuhnya dari celik mata sampai mereka tido. Tapi, yelah kalau tak kerja. Nak shopping sangat2 tak boleh. Lagipun mak ayah aku memang harap sangat aku bekerja. Aku turutkan. Alhamdulillah aku dapat kerja yang sesuai. 

So, anak-anak aku terpaksa hantar ke umah parents. Sejak dari itu, aku rasa perubahan positif. Aku lebih bersabar. Dah tak cepat marah da kat anak2 aku. Masa aku lebih terurus. Setiap hari, aku akan cuba serajin yang boleh untuk masak breakfast & dinner. Kesian dorang terpaksa berjauhan dengan kami untuk 3 bulan. Cuma dapat jumpe masa weekend. Aku selalu pikir, kira kami nasib baik sebab masih dalam 1 negeri. Ada orang lain tu, berjauhan lain2 negeri. InsyaAllah september ni, dorang akan tinggal semula dengan kami. Aku akan hantar mereka ke taska/tadika dekat dengan umah. Hm...tak sabar rasanya nk tunggu saat itu.... 

Sayang sangat anak-anak ummi.....

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat