Selamat Hari Bapa!

Dengan perasaan gumbira, aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada Baba yang tercinta. Aku memang agak rapat dengan baba berbanding dengan mama aku. Dalam adik beradik aku, hanya aku yang paling lama dok di umah.. maksud aku, sume adik bradik aku masuk asrama sejak form 1 lagi, sampai la ke peringkat uni, kecuali aku dengan abang aku yang sulung. tapi, abang sulung aku lepas spm, dia g merantau pulak.. bertahun2 gak dia x balik sebab g berkelana... dan aku lepas spm, sambung blaja dekat area bangi je..so, memang tiap minggu mesti nak balik umah..kalo x, aku akan nangisss, demam bagai..huhu homesick...n ayah aku la tukang anta n amek dr kolej....haha...


Lepas berjaya menggondol diploma, aku dapat peluang sambung belajar di uum. baba aku la susah payah anta aku ke sana... time tu bulan pose lagi... sungguh penat... aku ingat lagi, time tu memang best sebab sempat g ziarah abang aku yg dok di penang, kemudian abang aku yang kedua sanggup datang jugak sebab nak tengok aku daftar kat uum.. ni first time aku dok jauh beb...tapi kan, selepas family aku sampai di umah, adik aku terima surat untuk aku dari uitm... dia trus sms aku...huwaa... aku nak balik, nak masuk uitm...sebab course yang aku dapat tu, my first choice... tp kat uum ni, aku dapat course ekonomi yang aku sangat takutttt... so, dengan kegigihandan kasih sayang seorang bapa yang penyayang, dia sanggup datang amek aku di uum...da la jauh..changlun tu.. aku ingat lagi, baba tepaksa berhutang sebab nak anta aku belajar jejauh tu...memang pengorbanan seorang bapa, tiada tandingan....sob..sob....so, aku pun terus kan menuntut ilmu di uitm shah alam...


satu lagi, baba aku sanggup belikan aku kete supaya aku senang nak ke kelas. memandangkan asrama aku di puncak perdana n fakulti di shah alam. sungguh aku rasa macam mimpi sebab aku tau, ayah aku bukan orang senang... paling2 pun, aku ingat ayah aku bagi moto je... thanks baba...


banyak lagi kisah aku dan baba aku ni... lagi satu yang aku nak share. baba aku kan, kalo makan or minum, dia akan bangun n cuci sendiri pinggan n cawan dia. x seperti lelaki2 lain yang biasanya, mereka akan tinggalkan pinggan or cawan tersebut kepada isteri or anak pompuan mereka.. sungguh baba aku dah bagi contoh teladan yang baik...means dia bertanggung jawab.. aku x sure la, camne ayah korang, tapi itulah yang aku suke...


kepada baba, yani nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA, semoga baba dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeqi, panjang umur dan happy selalu...


love dari anakmu....

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat