Rezeki

Dari dulu lagi, aku biasa tengok orang solat waktu pagi lebih kurang kul 8 lebih. Tapi memang x penah tau dan tanya pon, walaupun bapak aku sendiri mengamalkannya. Sampai lah pada awal tahun ni, aku baru tau itu adalah solat sunat dhuha. ish..betapa kurengnya pemahaman aku ni...tapi takpe, kebetulan ade buku berkenaan solat dhuha ni..so, aku mula amalkan. Syukur sangat sebab memang aku sekeluarga selalu dapat rezeki yang tak disangka.... sangat hebat kuasa Allah S.W.T. contoh rezeki yang aku dapat ialah, aku dapat balik duit yang aku laburkan dalam mlm... sungguh, aku bukannya jenis sokong mlm. aku sangat boikot okeh! sebab kebanyakan mlm yang aku tengok, dorang mesti akan eksen cite pasal duit, pasal kete yang hebat, ganjaran n macam2 lah... tapi, kadang tu, family dorang berantakan sebab mlm ni kan, asik kene cari downline sini sane. kuar malam2 lah. Actually, mulanya, aku cume nak tau je, tapi tah macam mana, aku boleh je ikut kata orang tu. Memang macam kene pukau okeh.. pulak tu, orang tu suh aku kuarkan duit time tu jugak. dia langsung x bagi aku masa nk berpikir... terus aku g bank, kuarkan duit n bagi orang tu. lepas bayar, aku singgah kat petronas untuk solat maghrib. time tu, aku rasa menyesal yang teramatttttttt sangat.... hanya Allah yang tau...

Tapi, dengan kuasa Allah jugak, aku dapat balik duit aku tuh... padahal, aku memang x jangka akan dapat...syukur... lepas tu, rezeki yang best lagi ialah, aku dapat keje baru.. 4 jun ni aku start. Perasaan aku, bercampur antara happy dan risau. Happy, semestinya sebab da dapat keje di syarikat yang conglomerate. Risau, sebab parking kat opis tu sangattt la mahal....!!! aku google, memang ramai kata mahal sangat parking di Phileo Damansara. Tapi xpe, ade beberape idea untuk menjimatkan duit parking....nanti akan di cobak....

dan, aku sedih jugak, sebab dengan bermulalah aku bekerja semula, aku tepaksa berjauhan dengan anak2...setelah hampir 5 bulan menjaga mereka sendiri sepenuh masa. Sungguh perit aku nk terima. tapi xpe, aku n encik suami akan mula survey taska yang sesuai untuk anak2..... Ya Allah, semoga Kau berikanlah penjaga/pengasuh/guru yang baik untuk anak2 kami serta Kau lindungilah keselamatan mereka selalu.....amin. Aku harap, anak2 aku akan dok sementara je dengan atok n nenek mereka....xmo lah nak berjauhan lame2... sebab kalo balik keje, anak2 lah terapi yang paling berkesan... dan aku nak tatap wajah dorang waktu mereka tido... sangat menenangkan! Tinggal sehari lagi untuk bersayang2 dengan anak2, sebelum hantar mereka balik ke kampung.... syahdu sangat... tapi sekarang nak belek mereka puas2......

Pendapat aku, memang bagus amalkan solat sunat dhuha ni. InsyaAllah, akan terima rezeki yang tak disangka dan semestinya yang paling terbaik untuk kita. Sambil tu, amalkan surah al Waqiah dan surah Yasin untuk mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat... sangat bagus... jom amalkan bersama yer!

Comments

Popular posts from this blog

Tasik Bera

Feather Shampoo

Dadih Coklat